Tranformasi Negara Meningkatkan Cabaran Terhadap Golongan Remaja
Remaja hari ini berhadapan dengan cabaran hidup yang semakin rencam dan menakutkan berbanding kehidupan yang dilalui oleh ibubapa mereka. Peredaran dan perubahan zaman yang semakin cepat menjadikan trend dan kehendak remaja masa kini berbeza-beza serta pelbagai. Apa yang berlaku di Barat umpamanya dengan mudah merebak ke seluruh dunia dengan kecanggihan dan teknologi yang ada hari ini seperti internet, kemudahan ICT dan sebagainya. Keadaan ini menimbulkan kebimbangan kepada banyak pihak kerana globalisasi menjadikan dunia semakin kecil dan segala kemungkinan boleh berlaku jika tidak dipantau dan dikawal sebaiknya. Di Britain umpamanya ramai gadis muda di sana mengakui mereka mengalami masalah kesihatan mental akibat tekanan supaya membesar lebih cepat daripada masanya. Kajian dilakukan oleh Girlguiding UK mendapati remaja di bawah usia 14 tahun percaya pengaruh majalah, laman web dan rakan-rakan yang memberitahu supaya mereka kelihatan dan bertindak secara seksual menjadikan mereka tidak gembira, malah mendorong sebahagiannya mencederakan diri sendiri dan mengalami masalah pemakanan. Dua daripada lima gadis yang ditemui berasa diri mereka teruk selepas melihat gambar model atau bintang pop seperti Kate Moss dan Cheryl Cole, dan ramai berasa wajib memakai pakaian yang membuatkan mereka kelihatan lebih berusia, menghilangkan berat badan, mengenakan mekap malah mempertimbangkan untuk menjalani pembedahan plastik. Sementara yang lain berkata, mereka tertekan untuk memiliki wang bagi membeli fesyen terbaru dan peralatan seperti iPod dan telefon bimbit. Senario seperti ini sama ada sedar ataupun tidak sudahpun menular dan berakar di kalangan anak muda sebagai budaya popular dan gerakan liberalisasi Barat di negara kita sejak sekian lama.
Ketua Eksekutif Yayasan Kesihatan Mental Dr Andrew McCulloch, yang menjalankan kajian berkaitan berpendapat gadis dan wanita muda dipaksa membesar pada tahap tidak normal dalam masyarakat dan merosakkan emosi mereka. Semua pihak bertanggungjawab untuk membetulkan keadaan ini dan perlu menangani punca kesukaran yang dihadapi remaja sekarang. Ini adalah realiti yang sedang berlaku di seluruh dunia termasuklah di negara kita apabila anak-anak kecil terpaksa bersaing sama sendiri seawal usia empat tahun dan mereka sudah diajar untuk mencipta kejayaan dan kecemerlangan di dalam peperiksaan dan ujian yang disediakan kepada mereka ketika di taman asuhan dan pusat jagaan lagi. Keadaan ini sudah tentu ada baik dan buruknya kepada perkembangan anak-anak dan dalam hal ini kita perlu melihatnya secara yang lebih positif. Jika 20 tahun dahulu seorang kanak-kanak boleh membaca seawal usia empat tahun, sudah tentu beliau akan dianggap cerdik dan akan dikerumuni oleh orang ramai, namun hari ini kebolehan membaca, mengira, mengeja, menggunakan komputer dan bertutur dalam pelbagai bahasa ketika usia tersebut adalah perkara biasa dan lumrah. Kanak-kanak hari ini menjadi semakin bijak dengan kemudahan dan sistem pembelajaran berkesan yang disediakan. Biarpun begitu, dalam sebuah laporan antarabangsa menyatakan kebergantungan kepada komputer dan terlalu sedikit membuat kerja menggunakan tangan boleh menyebabkan kehilangan skil kraftangan dan pakar dalam hal ini memberi amaran keadaan itu mengancam perkembangan intelektual kanak-kanak. Bukti perubatan menegaskan aktiviti praktikal bukan saja berkesan merangsang bahagian otak, ia juga sejenis 'senaman' untuk mengukuhkan kaitan saraf. Untuk itu, ibu bapa dan penjaga dalam hal ini perlu lebih kreatif dan inovatif membantu dan membimbing kanak-kanak menjalani latihan praktikal seperti pertukangan, pemasangan, DIY, berkebun dan sebagainya serta tidak membiarkan anak-anak leka bermain komputer di rumah. Laporan berkenaan meningkatkan kebimbangan berhubung keghairahan sekolah mengurangkan aktiviti praktikal seperti skil menggunakan kayu, logam, kraftangan dan mekanik. Di rumah pula, kanak-kanak lebih berkemungkinan menekan butang pada papan kekunci atau tetikus daripada menggunakan kotak peralatan kerja. Ada alasan saraf dan kognitif mengapa kanak-kanak perlu berpengalaman menggunakan tangan dalam elemen kehidupan seharian mereka. Menggunakan tangan didapati menjadikan kanak-kanak lebih pintar menurut pakar psikologi, Dr Aric Sigman yang mendakwa Britain misalnya semakin menjadi 'masyarakat program komputer berbanding pemutar skru' dengan implikasi serius pada ekonomi. Generasi sekarang tidak mampu menangani masalah biasa mekanikal dan mereka nampaknya terlepas beberapa bahagian tertentu perkembangan kognitif kerana tidak pernah memegang sepanar atau memperbaiki enjin yang. Satu kajian lain yang memperincikan bagaimana golongan remaja menghabiskan masa melayari internet dan menggunakan telefon bimbit mendapati lebih seorang daripada setiap 10 kanak-kanak di Britain berbual lucah secara online. Ia menunjukkan bagaimana remaja Britain yang semakin celik teknologi berbanding rakan sebaya mereka di Amerika Syarikat dikatakan selalu berbohong kepada ibu bapa untuk memasuki laman web yang tidak sesuai dengan mereka dan berbual dengan orang asing. Hakikat ini jika tidak dipantau oleh pihak berwajib boleh meracuni pemikiran mereka serta memberi impak negatif kepada proses perkembangan semulajadi kanak-kanak termasuklah di negara kita. Laporan Mobile Life, menyatakan 11 peratus remaja berusia 11 hingga 18 tahun berbual lucah secara online, manakala 28 peratus mengaku melayari laman web lucah. Ramai berpura-pura melakukan kerja rumah sedangkan mereka melayari internet, dengan 49 peratus mengaku mereka menipu ibu bapa masing-masing mengenai apa yang dilakukan secara online. Laporan yang dikumpulkan hasil tinjauan ke atas 6,000 penduduk, juga menganalisis perbezaan antara remaja Amerika dan Britain, dengan golongan itu di Britain kelihatan lebih sofistikated. Sebagai contoh, 53 peratus remaja Britain berkomunikasi menerusi kamera web, sesuatu yang cuma dilakukan oleh 18 peratus rakan mereka di Amerika.
Realiti seperti ini berkemungkinan besar turut berlaku di kalangan kanak-kanak di Malaysia memandangkan mereka hari ini juga celik dan mesra komputer sejak awal lagi di samping pusat kafe siber yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan di seluruh negara memudahkan mereka mengakses kepada benda-benda yang negatif jika tiada sebarang bentuk kawalan dan pemantauan terhadap aktiviti harian mereka dilaksanakan. Oleh demikian, dalam perkara ini aspek etika, akhlak dan didikan agama secara menyeluruh sangat penting yang perlu diberikan penekanan yang sewajarnya sebagai benteng dan bekalan kepada mereka dalam menjalani kehidupan seharian mereka.
Di Malaysia, remaja merangkumi lebih daripada separuh keseluruhan penduduk. Oleh kerana bilangannya yang ramai, maka masalah yang berkaitan dengan kelompok ini juga banyak.
Jenayah yang dilakukan oleh remaja bukan hanya berlaku di kawasan bandar raya atau bandar-bandar besar sahaja, malah di merata tempat di seluruh pelusok negara. Sebagai contoh, di Kedah sahaja, sebanyak 307 kes jenayah berlaku sepanjang tahun 1991. Daripada jumlah itu, 73 kes membabitkan pelajar sekolah. Mengikut pembahagian kaum, seramai 204 kes melibatkan kaum Melayu, 54 remaja Cina dan 47 adalah remaja kaum India.
Disini saya mempunyai beberapa info untuk dikongsikan bagaimana fenomena sedemikian berlaku....
PUNCA KERUNTUHAN AKHLAK
Daripada data dan statistik yang dibentangkan, terbukti keruntuhan ahklak di kalangan remaja masih pada tahap yang tinggi. Keruntuhan ahklak ini dapat dilihat dari pelbagai sudut. Antara punca yang dikenal pasti adalah seperti berikut;
1. Salah satu faktor yang dikaitkan dengan keruntuhan akhlak remaja adalah penglibatan dalam jenayah. Remaja yang terlibat dalam jenayah bukan sahaja datang daripada keluarga yang miskin tetapi juga keluarga berada, malah segelintir daripada mereka berasal daripada keluarga yang mempunyai latar belakang yang baik.Justeru, bolehlah dikatakan bahawa punca-punca keruntuhan akhlak yang utama adalah kemerosotan dari segi asuhan, didikan, bimbingan serta kawalan oleh ibu bapa atau penjaga. Selain itu, tekanan hidup, sikap mengejar kemewahan serta penglibatan dalam aktiviti sosial lain menyebabkan ibu bapa dan anak kurang mempunyai masa atau kesempatan untuk bercakap, berbincang, berdamping antara satu sama lain. Malah ada yang jarang bersua muka. Keadaan ini menyebabkan remaja membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan pengawasan ibu bapa.
2. Pengaruh persekitaran, luaran dan media massa juga sentiasa membentuk perilaku para remaja yang masih mentah dalam menghadapi cabaran hidup. Pelbagai dorongan yang kurang sihat dipaparkan melalui persekitaran ini yang seterusnya menyebabkan mereka terikut-ikut dengan pengaruh ini. Lantaran itu untuk memenuhi keinginan ini, mereka merayau-rayau di pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan video dan secara tidak langsung terlibat dalam pergaulan bebas.
3. Pengaruh di sekolah juga penting dalam pembentukkan akhlak remaja. Tekanan yang dihadapi pelajar semasa di sekolah kerana tumpuan terpaksa diberikan dalam akademik serta guru yang kurang profesional dalam menangani masalah pelajar yang bermasalah akhirnya menyebabkan pelajar mengambil jalan mudah untuk keluar daripada masalah itu dengan terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang kurang sihat. Situasi ini didorong oleh kurang perhatian daripada ibu bapa di rumah.
CARA MENGATASI MASALAH
Perbincangan mengenai keruntuhan ahklak remaja adalah berkisar isu pelajar remaja. Justeru, strategi mengatasi masalah seharusnya ditumpukan pada golongan remaja ini. Berikut beberapa saranan:
1. Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang baik. Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.
2. Pendekatan akademik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas.
3. Mewujudkan sistem perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam pengawasan disiplin.
4. Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis. Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis.
5. Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut.
6. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting. Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan positif. PIBG jangan lah jadi umpama “KUCING TAK BERGIGI, TIKUS LOMPAT TINGGI-TINGGI”
Tranformasi Negara Meningkatkan Cabaran Terhadap Golongan Remaja
Remaja hari ini berhadapan dengan cabaran hidup yang semakin rencam dan menakutkan berbanding kehidupan yang dilalui oleh ibubapa mereka. Peredaran dan perubahan zaman yang semakin cepat menjadikan trend dan kehendak remaja masa kini berbeza-beza serta pelbagai. Apa yang berlaku di Barat umpamanya dengan mudah merebak ke seluruh dunia dengan kecanggihan dan teknologi yang ada hari ini seperti internet, kemudahan ICT dan sebagainya. Keadaan ini menimbulkan kebimbangan kepada banyak pihak kerana globalisasi menjadikan dunia semakin kecil dan segala kemungkinan boleh berlaku jika tidak dipantau dan dikawal sebaiknya. Di Britain umpamanya ramai gadis muda di sana mengakui mereka mengalami masalah kesihatan mental akibat tekanan supaya membesar lebih cepat daripada masanya. Kajian dilakukan oleh Girlguiding UK mendapati remaja di bawah usia 14 tahun percaya pengaruh majalah, laman web dan rakan-rakan yang memberitahu supaya mereka kelihatan dan bertindak secara seksual menjadikan mereka tidak gembira, malah mendorong sebahagiannya mencederakan diri sendiri dan mengalami masalah pemakanan. Dua daripada lima gadis yang ditemui berasa diri mereka teruk selepas melihat gambar model atau bintang pop seperti Kate Moss dan Cheryl Cole, dan ramai berasa wajib memakai pakaian yang membuatkan mereka kelihatan lebih berusia, menghilangkan berat badan, mengenakan mekap malah mempertimbangkan untuk menjalani pembedahan plastik. Sementara yang lain berkata, mereka tertekan untuk memiliki wang bagi membeli fesyen terbaru dan peralatan seperti iPod dan telefon bimbit. Senario seperti ini sama ada sedar ataupun tidak sudahpun menular dan berakar di kalangan anak muda sebagai budaya popular dan gerakan liberalisasi Barat di negara kita sejak sekian lama.
Di Malaysia, remaja merangkumi lebih daripada separuh keseluruhan penduduk. Oleh kerana bilangannya yang ramai, maka masalah yang berkaitan dengan kelompok ini juga banyak.
Jenayah yang dilakukan oleh remaja bukan hanya berlaku di kawasan bandar raya atau bandar-bandar besar sahaja, malah di merata tempat di seluruh pelusok negara. Sebagai contoh, di Kedah sahaja, sebanyak 307 kes jenayah berlaku sepanjang tahun 1991. Daripada jumlah itu, 73 kes membabitkan pelajar sekolah. Mengikut pembahagian kaum, seramai 204 kes melibatkan kaum Melayu, 54 remaja Cina dan 47 adalah remaja kaum India.
Disini saya mempunyai beberapa info untuk dikongsikan bagaimana fenomena sedemikian berlaku....
PUNCA KERUNTUHAN AKHLAK
Daripada data dan statistik yang dibentangkan, terbukti keruntuhan ahklak di kalangan remaja masih pada tahap yang tinggi. Keruntuhan ahklak ini dapat dilihat dari pelbagai sudut. Antara punca yang dikenal pasti adalah seperti berikut;
1. Salah satu faktor yang dikaitkan dengan keruntuhan akhlak remaja adalah penglibatan dalam jenayah. Remaja yang terlibat dalam jenayah bukan sahaja datang daripada keluarga yang miskin tetapi juga keluarga berada, malah segelintir daripada mereka berasal daripada keluarga yang mempunyai latar belakang yang baik.Justeru, bolehlah dikatakan bahawa punca-punca keruntuhan akhlak yang utama adalah kemerosotan dari segi asuhan, didikan, bimbingan serta kawalan oleh ibu bapa atau penjaga. Selain itu, tekanan hidup, sikap mengejar kemewahan serta penglibatan dalam aktiviti sosial lain menyebabkan ibu bapa dan anak kurang mempunyai masa atau kesempatan untuk bercakap, berbincang, berdamping antara satu sama lain. Malah ada yang jarang bersua muka. Keadaan ini menyebabkan remaja membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan pengawasan ibu bapa.
2. Pengaruh persekitaran, luaran dan media massa juga sentiasa membentuk perilaku para remaja yang masih mentah dalam menghadapi cabaran hidup. Pelbagai dorongan yang kurang sihat dipaparkan melalui persekitaran ini yang seterusnya menyebabkan mereka terikut-ikut dengan pengaruh ini. Lantaran itu untuk memenuhi keinginan ini, mereka merayau-rayau di pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan video dan secara tidak langsung terlibat dalam pergaulan bebas.
3. Pengaruh di sekolah juga penting dalam pembentukkan akhlak remaja. Tekanan yang dihadapi pelajar semasa di sekolah kerana tumpuan terpaksa diberikan dalam akademik serta guru yang kurang profesional dalam menangani masalah pelajar yang bermasalah akhirnya menyebabkan pelajar mengambil jalan mudah untuk keluar daripada masalah itu dengan terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang kurang sihat. Situasi ini didorong oleh kurang perhatian daripada ibu bapa di rumah.
CARA MENGATASI MASALAH
Perbincangan mengenai keruntuhan ahklak remaja adalah berkisar isu pelajar remaja. Justeru, strategi mengatasi masalah seharusnya ditumpukan pada golongan remaja ini. Berikut beberapa saranan:
1. Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang baik. Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.
2. Pendekatan akademik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas.
3. Mewujudkan sistem perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam pengawasan disiplin.
4. Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis. Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis.
5. Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut.
6. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting. Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan positif. PIBG jangan lah jadi umpama “KUCING TAK BERGIGI, TIKUS LOMPAT TINGGI-TINGGI”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan